SELAMAT DATANG KE Blog Produkhalalhpa.blogspot.com

Wednesday, September 15, 2010

Alkali sebagai penawar badan berasid.

Apa itu Alkaradix Chlorophyll Drops (ACD)?
ACD ialah satu formulasi saintifik canggih menggunakan alkali konsentrasi tinggi dengan ekstrak chlorophyll untuk mengurangkan keasidan dalam badan.
Apakah fungsi ACD?
ACD membantu menyingkirkan keadaan berasid dalam badan. Ianya sangat berkesan meninggikan pH minuman ke tahap pH 8.5 ke atas untuk menurunkan asid.
Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?
Makanan kita menghasilkan buangan berasid dalam badan yang menjadi punca utama penyakit kronik seperti kegemukan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, sakit sendi, penyakit kulit tegar dan juga kanser.
Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?
Dua perkara berlaku apabila kita makan. Sebahgain dari makanan yang dicernakan akan diserap oleh sel dan yang lain menjadi bahan buangan yang berasid. Jika buangan berasid ini tidak disingkirkan ianya akan merosakkan kesihatan.
Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?
“Anda akan berpenyakit, lesu dan gemuk dan jika anda tidak gemuk anda akan mati. Apabila rezab alkali berkurangan dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan, badan anda muka menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej. Itulah sebabnya orang tua mengecut dan bongkok. Proses koreksi dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid,” kata Dr Robert Young.
Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?
Air alkali tidak boleh mengalkalikan badan secara terus terutama sekali bahagian perut yang sangat berasid dengan pH 4.5. Hidroksid dalam air airkali hanya menaikkan pH pada tahap 0.1 ke pH 4.6 yang akan mengacah sel mengeluarkan asid hidroklorik untuk mengekalkan pH asal 4.5.
Apakah yang seterusnya terjadi?
Asid hidroklorik yang baru dihasilkan bertindak dengan hidroksid alkali dan asid karbonik dengan terhasilnya bikarbonit yang menyerap dan mengalir dalam darah membekal benteng alkali dan mengelak darah berasid.
Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?
Apabila darah berasid dineutralkan dengan minuman beralkali, sirkulasi darah meningkat dengan tidak perlunya ubat statin (pencair darah). Ini merupakan satu proses penyembuhan. ACD sangat berfaedah bagi tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang.
Apakah diantara perkara positif yang berlaku jika bendalir /cecair badan beralkali?
“Bila anda beralkali anda cergas dan bertenaga. Apabila anda bertenaga, anda rasa lebih baik dan berfikiran cerdas. Anda mempunyai tenaga berterusan apabila anda beralkali. Manfaat positif badan beralkali ialah kesihatan yang baik, bertenaga, cergas, minda yang jelas dengan penuh vitality,” Dr Robert Young.
Adakah ACD membantu meningkatkan tahap keberadaan oksigen untuk sel?
Ya. Air alkali mempunyai lebih oksigen dengan adanya oksigen yang berpaut dengan hydrogen dalam bentuk OH- . Meminum air beralkali dari ACD meningkatkan nilai purata oksigen dalam darah. Itulah sebabnya ibu mengandung yang mengalami muntah-muntah dan pendaki gunung mendapat manfaat dari air alkali.
Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?
Jika sel mendapat kurang dari 60% oksigen yang diperlukan, ia bertukar menjadi kanser.
Apakah tanda keasidan dalaman?
Timbunan asid lemak menjadikan anda gemuk, pembentukan kolesterol berakhir dengan sakit jantung dan keasidan merangsang pembentukan batu karang hempedu dan buah pinggang/ ginjal. Ketiga-tiga ini adalah contoh bagaimana buangan berasid diubah menjadi ketulan/pepejal supaya tiada cecair berasid masuk kedalam darah anda.
Apakah diantara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?
Cengkung mata/mendalam, atritis reumatoid, tekanan darah tinggi, sirkulasi darah dijantung lemah,insomnia, migrain, kegemukan, susah menelan, batu karang, cepat tua, kekurangan daya seks.
Siapakah yang memerlukan ACD?
Semua peringkat umur kecuali kanak-kanak bawah 6 tahun kerana mereka tidak berasid. Kebanyakan orang dewasa mempunyai buangan berasid dalaman. Hanya sedikit sahaja keasidan membawa padah, lebih lagi jika dibiarkan berterusan. ACD membantu mengurangkan keadaan berasid jika diamalkan setiap hari.
Bolehkah orang yang berlebihan berat badan manfaat dari ACD?
Kegemukan, seperti kencing manis atau kanser tidak terjadi dalam sehari. Ia menjelma sedikit demi sedikit sehingga menjadi parah. ACD menghalang timbunan lemak berlebihan dengan membuang punca timbunan lemak. Jadi lama kelamaan pengguna ACD semakin lebih sihat dan segar dengan berat badan menurun.
Adakah ACD bermanfaat bagi penghidap diabetes?
Karbohidrat yang terlalu diproses yang dimakan seperti nasi, mee, pizza atau kuih-muih dan lain-lain menjadi glukos dalam darah. Glukos berlebihan disimpan sebagai lemak dalam sel menjadikan seseorang gemuk dan mempunyai gula dalam darah. Air alkali yang terhasil oleh ACD mengurangkan buangan asid dan menurunkan timbunan gula. Oleh itu ACD membantu meredakan diabetes.
Adakah ACD baik untuk pesakit kanser?
Sel kanser sangat sukakan kondisi berasid dan tahap oksigen yang rendah. ACD meningkatkan alkali atau mengurangkan buangan berasid sambil meningkatkan tahap oksigen. ACD sudah pasti musuh kepada kanser dan baik untuk penghidap kanser.
Bolehkah faedah mengambil ACD dinikmati segera?
ACD bukanlah ubat seperti Panadol melegakan sakit kepala dengan cepat. Semua penyakit kronik terjadi sedikit demi sedikit dalam masa yang lama. ACD berkesan meredakan penyakit kronik dengan menurunkan kadar buangan berasid dalam badan yang menjadi salah satu punca penyakit kronik. Teruskan memakan ubat dan suplimen anda dan ACD akan membantu usaha menjadi lebih berkesan dan mujarab, Insyallah.
Apakah kesan sampingan menggunakan ACD?
Sejak bertahun air alkali konsentrasi tinggi digunakan untuk membuang asid. Belum pernah ada terdapat kesan sampingan seperti yang berlaku kepada ubat. Bagaimanapun, seperti pemakanan kesihatan yang mengubah keadaan dalaman yang menyebabkan, kemungkinan berlaku kesan penawar tetap ada dalam proses mengeluarkan penyakit. Tetapi kebanyakannya tidak lah berat hingga kesakitan.
Apakah krisis penyembuhan yang terjadi apabila ACD digunakan?
3 manfaat terdapat dalam menggunakan ACD:
1. Rehidrasi. Peningkatan kelembapan dalaman hasil dari sirkulasi cecair yang lebih baik menghilangkan kekeringan dalaman
2. Oksigenasi. Peningkatan keberadaan oksigen dalam sel dari ACD
3. Pengalkalian. Terjadinya buffer alkali dalam darah bagi mengelak keasidan yang membahayakan. Dalam proses pengurangan keasidan, detoksifikasi, dan pembinaan kesihatan hasil dari rehidrasi, oksigenasi dan pembuangan asid akan kadang-kadang terjadi kekeringan tekak, pening kepala, sembelit, kencing banyak, dan mungkin juga timbul gatal kulit dan sebagainya. Semua ini hanya sementara semasa proses pembetulan.
Bagaimana ACD digunakan?
1. Gunakan 1-2 titis dalam segelas minuman air, teh atau jus
2. Jika dicampur dalam botol, goncangkan botol dahulu
3. Jika ACD terkena kulit, basuh dengan air segera walaupun tak akan melecur
4. ACD boleh dibawa kemana-mana dan digunakan setiap kali anda meminum

Thursday, August 26, 2010

Muslim perlu waspada campuran plasma darah dalam makanan

          Para pengunjung blog produkhalalhpa.blogspot.com yang dirahmati Allah sekalian, Kali ini saya ingin mengajak saudara/i untuk mengkaji mengenai makanan yang mungkin dah berkilo-kilo kita makan dan beri anak-anak serta orang lain makan. Bila bertemu dengan artikel ini baru kita perasan rupa-rupanya kita ditipu hidup-hidup. Tak hairanlah mengapa ramai umat Islam yang berdoa tetapi terhijab kerana salah satu daripada syarat makbul doa mestilah bebas daripada sumber yang haram.
      Tak mengapalah, kita bersangka baik dengan Allah, kalau kita tak tau tak mengapa, kita dimaafkan tetapi kalau dah tau tapi buat-buat tak tau? Tepuklah dada tanyalah iman. Dulu saya pun risau sebab mana nak dapat produk yang halal. Kalau orang kampung yang buat sekalipun tapi dia beli bahan mentah atau guna bahan mentah yang ada plasma pun  serupa juga. 
          Namun atas dasar fardhu  kifayah maka HPA Industries telah mengorak langkah mengeluarkan produk halal bebola ikan, naget, sosej dan beberapa produk lagi untuk kegunaan umat Islam. Untuk mengelakkan sabotaj oleh orang ketiga maka kaedah pengedaran secara MLM(Syariah) telah dipilih. Cara ini lebih menjamin keaslian produk dan dapat membantu ekonomi umat Islam. 
Maaflah nampaknya saya dah ambil masa anda. Apa pun terima kasih kerana sudi membaca. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain.Selamat membaca. 

KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.
Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.
Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.
“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.
“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.
Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.
Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.
Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.
Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.
Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.
Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.
“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan tidak halal.
“Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.
Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.
Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.
Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.
Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal.

Sumber : Dipetik daripada blog groupduniaherba.com  tulisan Jami’ah Shukri
BHarianOnLine 2009/12/28


Daftar keahlian percuma di http://www.duniaherba.net/nie_ija 

Tuesday, August 24, 2010

TIPS MENGENALI MADU ASLI HPA.

Salam ukhwah,
Kepada pembaca blog saya ini ada satu kisah mengnai madu asli HPA produk halal lagi baik. Ikutilah kisah di bawah ini. Semoga kita beroleh manfaat daripadanya. Kalau berminat dengan madu asli HPA hubungi saya.
       Ketika makan semasa program PBC di Anjung Rahmat baru-baru ini, saya diajukan soalan oleh seorang peserta PBC. Benarkah Madu Asli HPA itu asli? Kalau asli kenapa ianya dihurung semut? Dengan spontan saya menjawab kerana semut pun nak kan yang asli. Allah jadikan madu daripada perut lebah itu bukannya untuk manusia sahaja tetapi untuk semua makhluknya. Kalau semut pun tak nak itu bukannya madu kerana kandungan gula di dalam madu ialah jenis fruktosa iaitu 300 molekul glukosa. Sebab itulah kalau kita nak kan tenaga segera daripada madu kita kena goncang atau kacau 1 sudu madu dalam segelas air suam sebanyak 300 kali. Tapi janganlah nak disamakan pula gula daripada madu ini dengan gula daripada gula pasir. Gula daripada madu ini ubat kerana ianya semulajadi sedangkan gula daripada gula pasir itu beracun kerana ianya telah melalui proses kimia daripada hampas tebu.

          Berkenaan dengan madu tiruan pula saya teringat kisah penjual madu jalanan 10 tahun sudah yang saya jumpa semula setelah ianya menyertai HPA di Klang baru-baru ini. Katanya 10 tahun sudah sebenarnya dia menjual madu tiruan di kakilima Chow Kit dan di kawasan Masjid India Kuala Lumpur. Tapi orang ramai percaya kerana pertama dianya tidak dihurung semut dan kedua kerana harganya mahal. Minda orang kita ini katanya percaya kalau mahal tu itulah yang asli. Lagi mahal lagi asli. Sedangkan madu yang dikatakan asli itu dia buat sendiri sahaja. Caranya ambil putik nenas diambil patinya dicampurkan dengan air gula melaka lalu dimasak dan dimasukkan dengan kapur makan. Kapur makan? Kapur makan itu kapur yang orang makan dengan sireh tu... memanglah panas.. patutlah semut pun tak mau dekat.. masuk peti ais pun tak boleh beku. Tapi orang kita ni itulah yang mereka percaya. Kena tipu hidup-hidup..

         Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma). Madu HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin. Kandungan airnya kurang daripada 17%. Madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi melebihi 17% mudah terjejas oleh yis (yang boleh menyebabkan berlakunya proses penapaian). Akibatnya madu menjadi masam dan mengeluarkan gas. Itu yang kadang-kadang boleh meletup tu. Ingat! yang meletup tu dah hilang keasliannya walau pun asalnya asli.

Disini diberikan beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli.
1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.

2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.

3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.

4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.
Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....
Ditulis oleh: PJS Jamaluddin Yeop Majlis

Hubungi saya HUSNI BIN DARUS di talian 0192561843 atau mana-mana stokis HPA berdekatan. Hebahkan perkara baik ini kepada keluarga dan rakan. jika mereka mengamalkannya anda akan dapat saham akhirat daripada Allah s.w.t. Amin.
Layari web kami di http://www.duniaherba.net/nie_ija
Daftar keahlian percuma di http://www.duniaherba.net/register.asp  kemudian aktifkan sebagai ahli VIP dengan yuran RM 30 untuk seumur hidup. Terima kasih.
"Mencari Yang Halal Itu Wajib Bagi Seorang Muslim"

Sunday, August 22, 2010

MARI KITA RENUNGKAN SEJENAK

                 Daging ayam sememangnya popular dikalangan kita rakyat Malaysia sebagai sumber protien utama selepas daging dan ikan. Hampir setiap hari kita akan menjadikan ayam sebagai lauk pauk kita. Namun saya ingin menarik perhatian pembaca blog ini untuk membuat pertimbangan daripada sudut sains, kesihatan dan syarak. Timbulnya isu pertimbangan ini kerana saya telah membaca dalam sebuah majalah Milenia keluaran Mac 2010. Berikut ialah keratannya. Saya mengharapkan agar tuan sendiri yang membuat pertimbangan untuk diri, keluarga (anak dan isteri) dan saudara mara terdekat.


selanjutnya dapatkan di majalah Milenia keluaran Mac 2010.

Sebagai Alternatifnya Makanlah Ayam Organik HPA atau ternak sendiri ayam kampung secara tradisional lebih selamat.



hubungi
En. Husni (0192561843) Meru Klang   
atau
mana-mana stokis terdekat dengan mendaftar percuma di
http://www.duniaherba.net/daftar.asp
yang penting anda mendapat bekalan ayam yang diyakini kehalalannya. Lillahitaala.
e-mel: produkhalal_hpa@yahoo.com

AYAM ORGANIK HPA DIYAKINI


              Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita dimana projek ayam organik tanpa vaksin kini telah berjaya dilaksanakan. Pengeluaran ayam pada satu masa dahulu agak terhenti kini telah dapat di penuhi. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru kerana ia memerlukan keseimbangan dan pembangunan sekata dalam semua aspek yang berkaitan. Jika kita menternak ayam dengan kaedah moden sekarang tanpa mengubah apa yang wajib diubah, tentulah tidak sukar untuk dilaksanakan kerana semua kaedah telah tersedia. Tetapi hari ini kita mulakan dengan sesuatu yang baru bersama wawasan yang baru merentas kebiasaan bisnes yang sedia ada.

            Allah izinkan sehinggakan kini kita dapat membuat penawaran yang lebih baik untuk pengguna iaitu harga ayam daripada harga ahli RM 19.00 kepada RM 15.00 tanpa mengubah nilai mata. Skim ini berkuatkuasa serta-merta sehingga masa tertentu. Ayam organik akan dapat diperkenalkan untuk umum terutama bagi mereka yang tidak mampu membeli dengan harga yang mahal. InsyaAllah.
Sumber: Blog Tn Hj Ismail, jawiherbshop.blogspot.com

                                                                                                                                                                       


                    Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

 
"MENCARI YANG HALAL ITU
WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM"
 
 
 
Packaging baru ayam organik HPA
 
Anda dijemput untuk menjadi jemaah HPA Industries untuk mendapatkan produk halal lagi baik ini dengan mendaftar secara percuma di

http://www.duniaherba.net/register.asp

hubungi
En. Husni (0192561843)
e-mel:
produkhalal_hpa@yahoo.com

Friday, August 20, 2010

ASID BERLEBIHAN DALAM BADAN PUNCA PENYAKIT

TERKINI! SATU RAHSIA SAINS TERBONGKAR !


• Punca utama segala penyakit ialah buangan berasid dalam badan.
• Musuh besar ini mesti anda singkirkan dahulu untuk menjadi sihat.
• Diet, ubatan atau suplimen serta senaman harian tidak akan berkesan selagi musuh ini berada dalam tubuh anda.
• Tahukah anda apa dia musuh besar anda ini?
• Ianya tak lain dan tak bukan adalah bahan buangan berasid yang terperangkap dalam badan anda yang membunuh anda secara senyap hari demi hari!
• Bahan buangan berasid inilah yang menyebabkan kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, obesity/ kegemukan, penyakit kulit tegar, sakit sendi, perut sengkak, murung, kelesuan, hilang daya tumpu dan mudah berang..
• Selagi ianya tidak disingkirkan selagi itulah:
1. Berdiet macam mana pun tidak akan menurunkan berat badan,
2. Makan ubat, makan supplement juga tidak bermakna, dan
3. Senaman atau jogging hanya memenatkan sahaja.

HPA ada berita gembira untuk anda…
Peluru sakti untuk menyingkirkan kondisi berasid dalam badan anda ialah Alkaradix ChloropHyll Drops yang beralkali tinggi. Hanya satu titis sahaja dalam segelas air mampu melonjakan pH air dari 7 ke 9 atau lebih.
Tanpa air alkali pH tinggi (pH8.5 ke atas) buangan berasid akan terus mengancam nyawa anda.
Alkaradix ChloropHyll Drops : Pelonjak Alkali, penyingkir Asid – Alkaline Booster, Acid Buster

Herba / Ubat kurang mujarab kalau badan masih berasid.
Alkaradix ChloropHyll Drops membantu mengurangkan asid berlebihan dalam badan anda dengan 7 faedah kesihatan:

Kurangkan Yang 1 … Redakan Yang 7 …
KURANGKAN ASID

BOLEH MEREDAKAN
1. TOKSIK
2. LEMAK & KOLESTEROL
3. PENYAKIT OTOT & SENDI
4. SEMBELIT & KEKERINGAN DALAMAN
5. PENYAKIT KULIT TEGAR
6. BATU KARANG
7. KANSER

Alkaradix Chlorophyll Drops dijual 100% oleh HPA dengan harga hanya RM50.00 sebotol yang mampu mengalkalikan sehingga 500 botol air saiz 500ml.
Produk seumpama ini di pasaran luar dijual dengan harga antara RM80.00 dan RM120.00

Harga pengedar HPA cuma RM45.00 dengan 10 NM.

Ingat:
1. Ibu kepada penyakit kronik ialah buangan berasid dalam badan.
2. Bapa kepada penawar penyakit kronik ialah minuman air beralkali.
3. Raja kepada Air beralkali ialah ALKARADIX CHLOROPHYLL DROPS.

Ulasan Pengarah Urusan HPA
          Produk baru HPA Chlorophyll Drops ini merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah, seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal (rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).
         Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi) yang di jual di pasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng”alkali”kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.
         "Buang asid buang penyakit” merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari. InsyaAllah.
         Masukkan 3 titis sahaja klorofil HPA ke dalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++. Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil. Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari Water Filter Dew HPA ialah pH 9.++. Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50.00
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45.00
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 10

Untuk tempahan hubungi
Husni Darus (019 2561843)  e-mel :  nie_ija@yahoo.com.my
Khadijah Ishak (013 2705965) e-mel : produkhalal_hpa@yahoo.com

Daftar keahlian percuma di http://www.duniaherba.net/register.asp

Thursday, August 19, 2010

KOKO MINDA sumber tenaga segera, merangsang perkembangan otak.


          Produk minuman baru berasaskan koko yang dihasilkan oleh pihak Melaka Halal Food dan diedarkan oleh HPA.Selain serbuk koko, bahan-bahan lain adalah terdiri daripada gula perang, krimer tanpa tenusu, ekstrak herba pilihan Ginkgo Biloba, kurma, madu, buah tin dan kismis.
Antara khasiatnya ialah sebagai sumber tenaga segera, merangsang perkembangan otak dan  amat sesuai untuk anak-anak yang bersekolah mahupun yang belajar di IPT.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 20.00
Sabah & Sarawak : RM 22.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 18.00
Sabah & Sarawak : RM 20.00
Nilai Mata (NM) :5


Untuk Tempahan Hubungi 
produkhalal_hpa@yahoo.com
Tel: 019 2561843(HUSNI )
 atau beli secara online di http://www.duniaherba.net/beli-online.asp